Sunday, November 17, 2013

Happy...... He changed......

Assalamualaikum......... Haaaa jawab lah... Tak jawab dosa, jawab tandanya sayang . XP 

Hari ni hari apa eh? Ahad? haaaa sah tengah mamai ni. Hari ni dah hari Isnin dah sayang oii. Cuba teka sekarang pukul berapa? Cepat cepat, sapa betul kita bagi choki-choki. XD .
Actually sekarang ni dah pukul 1:45 pagi. Disebabkan terlalu rindu nak update blog ni, sampai pagi-II buta pun aku bukak lappy. Haaa, hebat tak? orang lain tidur, aku sibuk dengan blog. Dah dah , jangan jealous, aku tahu kauorang tak boleh tahan ngantuk macam aku ni kan? HAHAHA.  

Kalau ikutkan hati aku ni, baik aku tidur dari update blog ni. Tapi disebabkan aku gembira sangat hari ni, aku tak boleh tidur. Aku rasa nak catat je kenangan ni dalam blog. Nak share dengan kauorang semua apa yang aku rasa. Sharing is caring right? HAHAHA. 
Okey like this.........

Actually baru-II ni memang banyak masalah datang berjumpa dengan aku, mintak aku tolong selesaikan XP.
heheh . So many problem. Otak aku rasa nak pecah. Aku tak dapat nak kawal perasaan aku. Asyik emo je. kejap-kejap nak marah. serious, first time seumur hidup aku dapat masalah banyak macam ni. Yang paling teruk, aku kena fitnah curi phone. Tapi takpe, yang pasti Allah tahu aku tak buat. Lantak lah orang nak fitnah aku ke apa, janji aku dapat pahala diaorang dapat dosa. Cuma aku terkilanlah, macam ni akhirnya persahabatan yang kitaorang jalinkan. Mungkin bagi dia, telefon tu lagi penting kot.... Tapi aku tak nak cerita pasal ni sekarang.. 

Okayy Like this, kauorang tahukan Nurman Syakir? Ala mamat yang aku sayang gila-II tu. Haa, selain family aku, dia pun tahu jugak masalah ni. Aku luahkan dekat dia, sebab aku percayakan dia. Tapi aku tak sangka dia nasihatkan aku. Serious wey, aku tak sangka. Selama ni, bila aku luahkan something, dia just reply "owh okey" je . Tapi hari ni dia lain sangat. Dia nasihatkan aku. Dia suruh aku bersabar. And tadi masa texting dengan dia, aku tak dapat kawal emo aku ni. Aku tetiba marah dia. Tapi dia tak marah aku balik. Dia just tanya aku kenapa then dia nasihatkan aku supaya ambil wudhu dan tenangkan diri. Yaa, cara dia berkesan. Lepas aku ambik wudhu aku rasa tenang sikit. Texting punya texting, sampai pukul 12 lebih dia dah stop. Maybe dia dah tidur lah tu.. Dia memang selalu tertidur masa texting. 

So aku ambik kesempatan ni baca balik mesej-II dia tadi. Terharu weyy. pukul 7:15 malam, dia hantar text dekat aku. 
DIA :  You dah solat?
AKU : Belum. You dah?
DIA : Dah, baru je. Bila nak solat?
AKU : Jap, I gi solat

Serioustalk ! ini pertama kali dia tanya aku dah solat ke belum. 
Then aku baca lagi mesej-II dia. Aku terharu wey. Menitik air mata aku ni.. Aku tak tahu sejak bila dia berubah jadi macam ni, tapi aku bersyukur sangat. Terima kasih Ya Allah. Serious, aku tak pernah sayang orang lain macam aku sayang dia.Tapi kalau satu hari nanti, aku terpaksa lepaskan dia, aku redha. Hopefully dia dapat cari yang lebih baik dari aku...Amin ...

Sunday, October 20, 2013

Tentang Dia

Hye peeps :) .
Lama tak mengupdate blog kan? Al-maklumlah busy sikit. Pelajar baik lah katakan. hahaha .
Actually, sepanjang tahun ni banyak benda buruk berlaku pada family aku. So takde masa nak update blog.
Okey, straight to the point based on the little title "Tentang Dia" .

Sapa 'DIA' ? Dia tu orang yang paling aku sayang selain family aku. Ni baca ni, aku ceritakan ciri-II dia sikit. Kalau nak tahu dia macam mana, bayangkan lah. Okeyyyy, Dia Tinggi, form 3, Pakai SPEC, Keding, Rambut dia sentiasa berstyle. Haaaa, dapat bayangkan dah dia macam mana? Handsome kan? Dah jangan bayang lama-II. Nanti jatuh hati pulak dekat dia. >_<


Macam mana aku kenal dia? Alaaaa,dalam muka buku lah. Bila? Tahun lepas. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh suka, minat, sayang dia. Masa aku first-first kenal dia tu, takde pulak aku rasa tertarik dengan dia. Bagi aku dia biasa je. Tapi tu dulu okeyyyy. Sekarang aku sayang dia gila nak mati. Yaaa, even aku tahu dia bukan milik aku, tapi tak salah menunggukan? okey, actually  harini, 20 Oct dah genap setahun aku tunggu dia. Jujur, dia orang pertama yang aku tunggu selama ni. Entah kenapa pun aku tak tahu. Haaihhhhhhhhhhh...


Hmmm, apa lagi ek? tadi banyak sangat idea nak tulis, sekarang semua dah hilang. haigooo.... Haaaa, family aku semua tak tahu yang aku still sayang mamat ni. Yelah, ni first time kot aku jadi macam ni. Sebelum ni, takde pun aku nak ingat Ex aku. Kira dia bertuah lah. Hahaha. Tapi satu je aku nak ingatkan, jangan jadi macam aku. Tolak orang lain semata-mata demi mamat ni. Ingat, jangan lepaskan orang yang sayang kauorang, and jangan terlalu mengejar yang sempurna :)


Nampaknya sampai sini je lah bebelan aku hari ni. Panjang jugak aku membebel ni. Kalau tak sebab mengantuk, aku rasa lagi panjang aku nak menulis. hahah , okey then. see you soon :)))))))

Tuesday, August 6, 2013

Sista

Percaya tak kalau aku cakap tahun ni rasa sekejap je? 2 hari lagi raya kan? Mesti ramai yang seronok kan? Tapi berlawanan pulak dengan apa yang family aku rasa. Pernah rasa nyawa kauorang melayang? Pernah rasa putus semangat yang tak boleh bangkit lagi? Pernah? macam nilah apa yang family aku rasa. Tahu kenapa?

Pagi tadi, dalam pukul 1 hingga 2, family aku dapat panggilan yang mengatakan kakak aku (siti) ACCIDENT. Masa dapat panggilan tu, kitaorang semua tengah tunggu kak siti sampai rumah. 5 minit before dapat panggilan tu, kak siti ada call mak. Dia cakap, dia dah sampai Lanchang. dalam 10 minit sampailah rumah. Yang paling menyedihkan, dia bawak balik baju tunang dia. Dia nak bertunang raya kedua. Tapi tak sempat. Yaaa, ni lah dugaan yang paling berat family aku kena hadapi. Ini kali pertama. Sampai je dekat hospital, doktor bagitahu kak siti dalam ICU. Kecederaan dia memang teruk. doktor cakap, peratus untuk dia hidup sangat tipis.


Sedara mara yang jauh semua balik. Tak siapa sangka benda ni terjadi pada Kak siti. Kak siti memang jenis yang lemah lembut and baik. sebab tu sedara mara semua suka dia. Tapi itulah, kalau Allah dah tetapkan benda ni terjadi, nak tak nak, benda ni tetap akan terjadi . Cuma sekarang, kiteorang tak pernah putus berdoa semoga kak siti pulih dan kiteorang tak pernah berhenti berharap agar satu keajaiban muncul. Insyaallah. Dengan izin Allah, semua boleh jadi.


So, the conclusion is, jangan pernah berputus asa. Ingat, Allah uji kita sebab Allah tahu kita mampu hadapi ni semua. And please, pray for my sis. Thank you. :)